Friendships

'Cycling for Friendship and Health'

Wednesday, December 19, 2012

Program NovaRiders Mendaki Gunung Kinabalu


Dimaklumkan bahawa ada cadangan untuk program mendaki gunung Kinabalu pada Mac atau April tahun 2013. (Bergantung kepada kekosongan permit mendaki dan tiket AirAsia) - Terhad untuk NovaRiders shj

Cadangan Jadual Perjalanan

Option 1- (permit mendaki pada hari Khamis)
Rabu: KL ke KK, bermalam di Kinabalu Park Hostel, Kundasang  90km dari bandar KK.
Khamis: Mula pendakian dari Timpohon (ketinggian 1800m), bermalam di Laban Rata hostel (3275m)
Jumaat: 3pagi, teruskan pendakian hingga ke puncak (4095m), 8pagi mula turun, singgah di Laban Rata kemudian terus turun dan dijangka sampai ke Kinabalu Park pada pukul 5pm. 6pm pergi ke Bandaraya Kota Kinabalu.Bermalam di KK.
Sabtu: Melawat Kota Kinabalu. Bermalam di KK.
Ahad: KK-KL


Option 2- (permit mendaki pada hari Sabtu)
Jumaat: KL ke KK, bermalam di Kinabalu Park Hostel, Kundasang  90km dari bandar KK.
Sabtu: Mula pendakian dari Timpohon (ketinggian 1800m), bermalam di Laban Rata hostel (3275m)
Ahad: 3pagi, teruskan pendakian hingga ke puncak (4095m), 8pagi mula turun, singgah di Laban Rata kemudian terus turun dan dijangka sampai ke Kinabalu Park pada pukul 5pm. 6pm pergi ke Bandaraya Kota Kinabalu.Bermalam di KK.
Isnin: Melawat Kota Kinabalu. Bermalam di KK.
Selasa: KK-KL

Kena ambil cuti 3 hari: Rabu, Khamis dan Jumaat atau Jumaat, Isnin dan Selasa.


Anggaran kos untuk seorang:
1. Climbing Permit; Hostel di Kinabalu Park (bfast) dan Laban Rata (Meals) : RM530 (Upfront payment)
2. Tiket Air Asia: RM350 (Upfront payment)
3. Hotel di Kota Kinabalu: RM150
4. Perbelanjaan lain: RM500
5. Jumlah: RM1530

Permit mendaki perlu di tempah bersama bayaran 2-3 bulan sebelum mendaki sebab bilangan permit terhad. Kemudian kita kena tempah tiket Air Asia. Upfront payment sekitar RM880 (Permit mendaki, hostel dan tiket Air Asia). Sesiapa berminat sila beri nama di blog ini-sebelum 31 Dec 2012. Kita nak tahu bilangan pendaki dulu, kemudian baru kita putuskan tarikh yang sesuai.-Terhad untuk ahli NovaRiders shj



Tq.

Saturday, December 15, 2012

Bukit Broga 15 Dis 2012






















Di puncak Bukit Broga, aktiviti mendaki bersama Surau Al Ukhwah, Subang Bestari.