Friendships

'Cycling for Friendship and Health'

Thursday, June 20, 2013

100km 'RunDown'

  1. Kita akan berkayuh sejauh 100km Ahad ini. Pasti semua sudah buat persediaan masing-masing. Dikhabarkan dikalangan kita ada yang training sendiri di kawasan rumah, di Hulu Langat, di Lebuhraya Guthrie/Latar, ada yang kayuh di laluan penuh yang kita nak ikut nanti dan ada yang training dengan bermain badminton.
  2. Walaubagaimanapun, yang pasti semua sudah bersedia mental dan fizikal, basikal masing-masing pun sudah berada di tahap terbaik.
  3. Diingatkan bahawa kayuhan ini walaupun sangat mencabar dan jauh bagi kebanyakkan kita, tujuan utama kita ialah untuk beriadah bersama dan menyahut cabaran ini dengan cara kita sendiri tanpa mengabaikan keselamatan dan kesihatan kita.
  4. Kita tidak berlumba, take it easy, yang paling penting ialah kita jaga jantung kita dan keselamatan semasa berkayuh supaya kita selamat pergi dan kembali. Pastikan anda mengambil banyak air, energy drinks dan sports bar sepanjang kayuhan.
  5. Pada pagi Ahad ini, semua peserta dikehendaki tiba di markas sebelum 6.15am, bersama basikal yang sudah sedia untuk dikayuh. Pelarasan angin tayar dan pelarasan basikal perlu dibuat dirumah lagi. Kalau boleh semua guna MTB.  
  6. Stretching dan doa akan bermula pukul 6.30am. Mula kayuhan jam 6.45am. Diharap semua dapat menepati masa, tetapi jika ada yang sampai lambat, anda akan dihantar oleh DMAX ke tempat peserta lain sedang berkayuh.
  7. Peserta mesti memakai jersey NovaRiders atau KDN Gateh. Peserta yang tiada jersey NR atau KDN, dibenarkan memakai jersey lain.   


    Peraturan dan Keselamatan Semasa Kayuhan
    1. Kelajuan maksima adalah 25km/jam, kelajuan purata ialah 15km/jam. Semua peserta hendaklah berada di belakang lead marshals iaitu Marshal Rosli dan Marshal Zaid.
    2. Semua peserta mesti berada di hadapan sweeper iaitu Marshal Zamri dan Marshal Pok We. Marshal tengah ialah Marshal Abg Joe.
    3. Semasa di laluan motosikal di Lebuhraya Guthrie, kita mesti berkayuh dalam satu barisan untuk keselamatan kerana banyak road bikes dan motosikal yang menggunakan laluan kecil yang sama.
    4. Semasa di lebuhraya LATAR, kita perlu menunggang basikal dalam maksima dua barisan di dalam lorong kecemasan kerana kenderaan bermotor di lebuhraya ini kebiasaannya sangat laju.
    5. Semasa di jalanraya biasa, pastikan kita sentiasa menunggang basikal dengan selamat dan tidak mengganggu  laluan kenderaan lain. Sebagai cyclist, kita hendaklah sentiasa membawa contoh yang baik semasa menunggang basikal.
    6. 3 buah DMAX disediakan untuk membawa makanan, kelengkapan dan untuk evakuasi peserta. Jangan dipaksa untuk meneruskan kayuhan apabila anda terlalu penat, ini tidak baik untuk jantung, gunakan khidmat DMAX. Anda boleh berehat di dalam DMAX sehingga penamat atau berkayuh kembali apabila kesihatan mengizinkan.
    7. Jika ada kerosakan teknikal basikal, pemilik basikal dan yang membantu akan dibawa oleh DMAX sehingga ke tempat regroup seterusnya.  Peserta lain perlu meneruskan kayuhan.
    8. Semua peserta mesti tiba di Regroup Stop 1 pada jam 9.25am, Regroup Stop 2 pada jam 12.00pm, dan Regroup Stop 3 pada jam 2.00pm. Makan tengahari disediakan di Regroup Stop 3.
    9. Peserta yang berada di belakang sweeper, dan dirasakan oleh Marshal tidak boleh tiba di Regroup Stop pada waktu yang ditetapkan di atas, perlu di bawa oleh DMAX ke Regroup Stop seterusnya. Keputusan Marshal adalah muktamad.
     
Selamat Berkayuh!

No comments:

Post a Comment